
Kehidupan sebagai belia adalah perjalanan yang penuh dengan cabaran, ketidakpastian, dan detik-detik keraguan. Salah satu sumber kekuatan terbesar bagi saya dalam menempuhi cabaran dan keraguan datang daripada pengalaman saya mengenali dan menerima kasih Tuhan. Bagi muda-mudi yang berkeinginan untuk melayani, harap kata-kata saya ini menemani anda.
“Memang tidak mudah untuk mengatasi semua cabaran dan ketidakpastian dengan sekaligus. Namun, dengan memohon kepada Tuhan dan percaya bahawa Dia mendengarkan keluhan kita adalah satu tanda harapan. Hati kita dapat mendengar. Ya, mendengar dengan hati. Di situ kita menerima panggilan dari Tuhan. Di dalam ketidakpastian dan keraguan, panggilan itu akan menjadi semakin kuat. Walaupun kuat seperti mengganggu, panggilan itu bukan bertujuan sedemikian. Saat kita menerima dengan hati yang terbuka, satu kesedaran timbul bahwa panggilan itu demi kesejahteraan hidup kita. Maka, terbukalah suatu jalan baharu, iaitu jalan kasih.”
Panggilan itu kasih semata-mata. Kasih yang memberi, rela berkorban dan berjalan seiring dengan orang yang luluh hati. Kasih Allah yang Maha Agung itu adalah anugerah. Kita bergelut dengan rasa tidak layak. Itulah kelayakan kita. Kerana dalam rasa tidak layak kitalah Yesus datang menunjukkan kedalaman kasih-Nya. Selain menerima kasih-Nya, penting juga untuk kita percaya kepada rencana Tuhan dalam hidup kita. Nabi Yeremia 29:11 meyakinkan kita “Sebab Aku mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan.”
Oleh itu, walaupun hidup mungkin penuh kesulitan sewaktu menyahut panggilan Tuhan, rencana Tuhan selalu dimaksudkan untuk kebaikan kita. Sekalipun kita tidak dapat melihat gambaran keseluruhannya, kita harus terus beriman bahawa Dia membimbing setiap langkah kita. Dalam korban kudus Ekaristi, Tuhan Yesus memberikan kekuatan untuk berserah kepada kehendak Bapa, melepaskan cengkaman keinginan kita sendiri.”
Berdoa dan Melayani
Raven P.
