Panggilan Istimewa dan Bermakna

 Seruan dan ajakan Paus Francis berdoa untuk intensi agar komuniti Gereja membantu Panggilan kepada Hidup Imamat dan Religius  mengajak saya untuk merenung kembali akan kata “menjemput” dan “Panggilan Istimewa” Tuhan kepada saya 32 tahun yang lalu. Moga perkongsian saya ini menemani muda mudi yang berhasrat untuk melayani.

”Sesuatu yang misteri terjadi dalam hidup saya. Bagaimana saya melihat, merenung, mencari akan MAKNA PANGGILAN MISTERI ini dan mengambil keputusan untuk menyahut panggilan hidup sebagai seorang Religius dibantu dengan suasana doa. Walaupun tidak tahu dengan jelas apa yang akan menanti dihadapan sana tetapi timbul SEMANGAT DAN KEINGINAN YANG KUAT dalam hati yang menggerakkan saya untuk BERANI melangkah dengan yakin bersandar pada Tuhan, Suasana doa umat amat membantu, Saya yakin Tuhan akan menyertai saya dalam mewarnai kehidupan yang saya pilih iaitu mahu hidup dengan lebih rapat di dalam Tuhan dengan menyahut panggilan kudus ini.

Masih teringat akan kata jawab saya kepada soalan Paderi Paroki kami – “Biarlah Father, walaupun kehidupan yang saya pilih ini mencabar tetapi saya mahu juga pilih cara hidup ini supaya saya tidak akan MENYESAL di kemudian hari.” Puji dan syukur atas penyertaan Tuhan disetiap langkah jalan hidup saya selama ini – dalam melayani Tuhan dan dalam diri setiap umat yang saya temui.  Saya juga mengalami bagaimana Tuhan pula melayani saya secara langsung dalam setiap cabaran yang saya lalui sama ada dalam kehidupan berkomuniti dan pelayanan kepada sesama manusia. Kegembiran dapat mengenali berbagai peribadi Yesus melalui pendekatan saya terhadap setiap umat yang saya temui adalah memori yang terindah dan harta yang sungguh berharga. Suasana gereja amat membantu mendekatkan saya pada Tuhan.”

Saya berdoa sempena bulan panggilan ini, saya mampu membantu dan menemani para muda mudi yang terbuka hati untuk berhenti sejenak dan merenung akan panggilan Tuhan yang sudah disemai dalam hati mereka. Semoga ada muda mudi yang bermurah hati untuk menyahut panggilan kepada Pelayanan Imamat dan Religius ini.  

Sr Theresa Petrus, FSIC.

0